Grammar Booster Programme - 7 to 9 years old

Kursus Tatatabahasa Bahasa Inggeris (Tahun 1 sehingga Tahun 3)

Instructor: Siti Noor Diana

 
Kursus ini dirangka setelah kajian yang mendalam dan menyeluruh dilakukan bagi menghasilkan penyusunan modul oleh Pasukan Grammar Booster. Para pelajar dibimbing dan dibentuk dengan perancangan yang terperinci untuk membentuk kekuatan asas dalam menguasai Bahasa Inggeris melalui 4 kemahiran yakni bertutur, mendengar, membaca dan menulis.
 
Walaupun kursus ini pada asasnya memfokuskan kepada satu kemahiran iaitu tatabahasa sahaja, kami yakin bahawasanya kemahiran tatabahasa mampu dikuasai oleh para pelajar dalam memperkasakan Bahasa Inggeris. Justeru itu, kursus ini dirangka sepanjang 12 bulan bagi memastikan matlamat utama program ini untuk menggalakkan anak-anak di Malaysia menjadi pelajar yang mahir berbahasa Inggeris dapat dicapai.
 
BAGAIMANA PROGRAM GRAMMAR BOOSTER BOLEH SELESAIKAN MASALAH ANAK-ANAK DI MALAYSIA? ðŸ¤”🤔
  • Kami menyediakan tutor yang berpengalaman dan guru sekolah yang berpengalaman melebihi 7 tahun dalam dunia pendidikan.
  • Kelas dilakukan  menggunakan konsep teknik didik hibur ( fun learning ) 
  • Kelas dijalankan secara dalam talian dan berkumpulan bagi memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui aktiviti yang ditetapkan. 
  • Setiap bulan juga, pelajar dilatih melakukan persembahan yang menggunakan kaedah penilaian CEFR di dalam kelas mengikut susunan tema yang ditetapkan.
  • Group Whatsapp sokongan untuk berinteraksi dengan guru selepas kelas juga disediakan.
No schedules yet.
course-logo
Course Information: Course method: live Course mode: subscription Price: RM65.00/0 credits Session(s): Class Frequency:
Logo Copyright © MyTutor Tech Sdn Bhd