Kelas Bahasa Mandarin Dewasa - Asas

Instructor: NURNAJIHA BINTI JAHARI

Anda nak tambah skill bahasa?

Anda nak berkomunikasi dengan orang Cina?

Anda nak dapat diskaun ketika membeli-belah?

Inilah masanya 😎

From zero to hero! Kini, anda dapat berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dengan mudah. 
 
Jom belajar Bahasa Mandarin dengan Jiha Laoshi.
 
Jiha Laoshi merupakan graduan dari Beijing Foreign Studies University dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina untuk Bukan Penutur Jati.
 
Semestinya teknik mengajar Jiha Laoshi sesuai untuk bukan penutur jati yang betul-betul nak belajar Bahasa Mandarin! 
 
 

Melalui kursus ini, anda boleh:
🉑 Berkomunikasi tentang topik perbualan harian
🉑 Mendengar
🉑 Membaca
🉑 Menulis


Kelas akan dilaksanakan sebanyak 12 sesi, seminggu sekali, pada setiap hari Jumaat, 8:30-10:00 pm. Kita akan belajar tentang topik perbualan harian dan anda terus boleh praktis dengan rakan-rakan Cina anda 😍

Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang!
 
 
 
  1. Pelajar dapat menguasai sebutan 4 nada, 21 konsonan dan 6 vokal.
  2. Pelajar dapat memahami dan menggunakan perkataan dan frasa yang mudah.
  3. Pelajar dapat berkomunikasi asas dalam Bahasa Mandarin.

Pelajar dapat mengenal dan menyebut konsonan, vokal dan 4 nada dalam Bahasa Mandarin.

Pelajar akan belajar cara memperkenalkan diri dan beberapa kata sapaan harian.

Pelajar akan belajar beberapa perkataan tentang keluarga dan dapat memperkenalkan ahli keluarga.

Pelajar dapat mengingat dan menyebut nombor serta memberitahu umur.

Pelajar dapat menyebut hari, tarikh dan masa.

Pelajar dapat menyebut waktu dalam jam dan minit.

Pelajar dapat menyebut dan saling bertanya tentang aktiviti harian masing-masing.

Pelajar dapat memberitahu dan menceritakan hobi diri sendiri dan rakan-rakan.

Pelajar dapat mengingat dan saling berkongsi tentang warna kegemaran.

Pelajar dapat memberitahu tempat dan arah yang mereka mahu pergi. 

Pelajar dapat mempraktikkan situasi membeli barangan di pasar.

Pelajar akan menjawab soalan ujian bagi Kelas Asas Bahasa Mandarin.
No schedules yet.
course-logo
Course Information: Course method: live Course mode: subscription Price: RM100.00/4 credits Session(s): Class Frequency:
Logo Copyright © MyTutor Tech Sdn Bhd