Kelas Celik Algebra - Bahagian 1

Memfokuskan topik-topik asas Algebra yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Instructor: HANISAH BINTI RAMLI

Kelas Asas Algebra ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang tahap penguasaannya dalam subjek Matematik masih pada peringkat lemah. 

Terdapat 4 topik yang akan dibincangkan dalam kelas ini yang bertujuan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam konsep asas Matematik terutama yang melibatkan operasi Algebra.

Kelas berdurasi selama 1 jam dan akan dijalankan sebanyak 4 kali dalam masa sebulan.

INTEGER merupakan salah satu subtopik dalam tajuk Nombor Nisbah yang terdapat dalam sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1.

Topik ini sangat penting kerana ia merupakan konsep asas yang perlu difahami dan akan digunakan sepanjang proses pembelajaran Matematik berlangsung dan juga sangat penting untuk diaplikasi dalam kehidupan.


Ulangkaji cara menyelesaikan soalan-soalan gabungan operasi arithmetik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan formula BODMAS.
- Mengenal nombor positif dan negatif - Mewakilkan Integer pada garis nombor & membuat perkaitan antara nilai integer dengan kedudukan integer tersebut berbanding integer lain pada garis nombor
Membincangkan soalan operasi asas arithmetik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi menggunakan hukum-hukum operasi arithmetik iaitu Hukum Identiti, Hukum Kalis Tukar Tertib, Hukum Kalis Sekutuan & Hukum Kalis Agihan

No schedules yet.
course-logo
Course Information: Course method: live Course mode: subscription Price: RM80.00/4 credits Session(s): Class Frequency:
Logo Copyright © MyTutor Tech Sdn Bhd