Kelas Darjah 4 Matematik Cikgu Syuhada

MODUL PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN 4

Instructor: Nur Syuhada Binti Mohd Sofian

"Anak saya gagal subjek Matematik."

"Keputusan peperiksaan Matematik tak memuaskan."

"Asas Matematik anak saya lemah sangat."

"Anak susah nak faham dalam kelas Matematik di sekolah."

"Anak saya tak hafal sifir. Saya dah banyak kali ajar"

~ rungutan ibu bapa. 

 

Jangan takut... Jangan risau... Cikgu Syuhada boleh bantu.

✅Cikgu Syuhada sudah membantu ramai murid untuk belajar memahami ilmu Matematik.

✅Ini adalah peluang untuk anak-anak anda menyelami dunia matematik secara berkesan dengan teknik pengajaran berkesan Cikgu Syuhada.

✅ Anak-anak dapat skor dengan cemerlang dalam kelas Cikgu Syuhada.

 

📌Matematik Tahun 4 menekankan pembelajaran nombor dalam lingkungan 100 000.

📌Kurikulum Standard Matematik sekolah rendah adalah berkonsep intuitif dimana murid dilatih untuk memahami konsep nombor, memahami asas pengiraan dan menghasilkan murid yang celik Matematik.

📌Latihan dan struktur susunan pengajaran Cikgu Syuhada juga mampu merangsang minda anak-anak anda mengenali, mengingat serta menganalisis data yang dibentangkan.

📌Seterusnya, penyampaian Cikgu Syuhada mampu menghasilkan murid yang dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan.

 

Jom, jadi pakar Matematik dengan menyertai

kelas Cikgu Syuhada!

Daftar kelas Matematik Cikgu Syuhada hari ini.

  • Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran teras asas yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep,penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan nilai-nilai murni. elemen kreativiti, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diterapkan melalui konteks yang sesuai bagi setiap standard pembelajaran
  • Sebagai usaha panduan dan pencetus idea, modul pengajaran dan pembelajaran ini disediakan bagi membantu ibubapa merealisasikan tuntutan dan hasrat dalam mendidik anak-anak supaya mencipta minat kepada matematik disamping memberi pendedahan secara lebih mudah kepada anak-anak dalam setiap sukatan pelajaran matematik tahun 4 ini.
  • Pelbagai latihan disediakan melalui modul ini berdasarkan kuiz dan pelbagai latihan pengukuhan untuk mengasah lagi minda para pelajar supaya lebih memahami setiap tajuk dan bab yang akan dipelajari. 

 

Membolehkan murid:
Mengetahui dan mengaplikasi nombor bulat hingga 100 000.
Menggunakan laras bahasa matematik yang betul berkaitan nombor bulat dan sewaktu melakukan proses operasi asas.
Mengetahui dan mengaplikasi konsep dan prosedur kemahiran bagi operasi asas.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan nombor bulat dan operasi asas hingga 100 000.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi sewaktu mempelajari nombor bulat dan operasi asas hingga 100 000.
1.1.1 Menyatakan nombor hingga 100 000: (i) Membaca sebarang nombor yang diberi dalam perkataan. (ii) Menyebut sebarang nombor yang diberi dalam bentuk angka. (iii) Menulis nombor dalam angka dan perkataan. 1.1.2 Menentukan nilai nombor hingga 100 000: (i) Menyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor. (ii) Mencerakin sebarang nombor mengikut nilai tempat dan nilai digit. (iii) Membandingkan nilai dua nombor. (iv) 

Pembundaran(puluh ribu),pola nombor, operasi asas dalam lingkungan 100000 ,menyelesaikan ayat matematik tambah,menyelesaikan ayat matematik tolak
1.2.1 Mencirikan nombor genap dan nombor ganjil. 
1.2.2 Mengelaskan nombor genap dan nombor ganjil
1.2.3 Pembundaran
- Membundarkan nombor bulat hingga puluh ribu terdekat
1.2.4 Operasi asas dalam lingkungan 100 000
- Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga empat nombor, hasil tambahnya dalam lingkungan 100 000. 
- Menyelesaikan ayat matematik tolak melibatkan dua nombor dalam lingkungan 100 000. 

- Menolak sebarang dua nombor dan 1 nombor, mendarab dua nombor, menyelesaikan ayat matematik bahagi,operasi bergabung,

Penggunaan anu, anu melibatkan tambah dan  tolak dua digit,penyelesaian masalah, melibatkan penyelesaian masalah menggunakan anu
4.1.1 Menentukan nilai anu bagi ayat matematik tambah melibatkan dua nombor hingga dua digit dengan satu anu. 
4.1.2 Menentukan nilai anu bagi ayat matematik tolak melibatkan dua nombor hingga dua digit dengan satu anu

Membolehkan murid:
Mengaitkan pecahan dalam keihdupan harian.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan pecahan,
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, membuat penerokaan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep pecahan, 
5.1.1 Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya. 
5.1.2 Menambah hingga tiga nombor melibatkan pecahan wajar, nombor bulat dan nombor bercampur. 5.1.3 Penolakan pecahan: (i) Menolak sebarang dua nombor melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. (ii) Menolak sebarang dua nombor daripada satu nombor melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur.

 - operasi bergabung tambah dan tolak, menukar nilai pecahan (darab pecahan)
6.1.1 Operasi bergabung tambah dan tolak melibatkan nombor bulat, pecahan wajar dan nombor bercampur. 
6.1.2 Menentukan nilai bagi pecahan wajar dan nombor bercampur daripada sesuatu kuantiti.

- Membolehkan murid:
Mengaitkan perpuluhan dalam keidupan harian.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan perpuluhan
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, membuat penerokaan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep perpuluhan 
7.1.1. Menambah hingga tiga perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan. 
7.1.2 Menolak hingga dua perpuluhan daripada satu perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.

-mendarab perpuluhan, membahagi perpuluhan
8.1.1 Mendarab perpuluhan dengan nombor satu digit, 10, 100dan 1000, hasil darabnya hingga tiga tempat perpuluhan. 
8.1.2 Membahagi perpuluhan dengan nombor satu digit, 10, 100 dan 1000, hasil bahaginya hingga tiga tempat perpuluhan

- Menukar pecahan kepada peratus, mengira peratus daripada kuantiti objek, penyelesaian masalah melibatkan pecahan, perpuluhan dan peratus.
9.1.1 Mengira peratusan daripada suatu kuantiti objek.

Membolehkan murid:
Mengaplikasi penggunaan wang dalam kehidupan harian.
Mengaplikasi pendidikan kewangan dalam kehidupan harian.
Membuat penaakulan dan membuat penerokaan dalam kehidupan harian bagi memberi manfaat demi masa depan.
Berkomunikasi, membuat perkaitan dan menyelesaikan masalah yang melibatkan kewangan. 
Membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
10.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga nilai wang dan hasil tambahnya hingga RM100 000. 
10.1.2 Menyelesaikan ayat matematik tolak hingga dua nilai wang dari sati nilai wang dalam lingkungan RM100 000. 
10.1.3 Menyelesaikan ayat matematik darab melibatkan nilai wang dengan nombor hingga dua digit, hasil darabnya hingga RM100 000.
10.2.1 Menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkan nilai wang dalam lingkungan RM100 000 dengan nombor hingga dua digit 
10.2.2 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak dalam lingkungan RM100 000. 
10.2.3 Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung darab dan bahagi dalam lingkungan RM100 000

- merancang bajet harian, mingguan dan bulanan dan merekod bajet, tujuan mmerekod simpanan dan perbelanjaan 
11.1.1 Merancang bajet harian, mingguan dan bulanan bagi mencapai matlamat kewangan jangka pendek.
 11.1.2 Merekodkan simpanan dan perbelanjaan bagi mencapai matlamat kewangan.
 11.1.3 Menjelaskan keperluan menyimpan rekod simpanan dan perbelanjaan.

- menyatakan mata wang dunia, menyatakan nilai wang RM1 berbanding matawang dunia,
12.1.1 Mengenal mata wang negara utama dunia.
 12.1.2 Menyatakan nilai wang RM1 dengan nilai mata wang semasa negara lain.

- pengenalan, menjelaskan cara pembayaran
13.1.1 Mengenal pelbagai instrumen pembayaran. 
13.1.2 Menjelaskan penggunaan pelbagai instrumen pembayaran dalam transaksi barangan dan perkhidmatan.

- Menyelesaikan masalah wang dalam lingkungan RM100 000 melibatkan operasi asas dan operasi bergabung dalam situasi harian
- Menyelesaikan masalah harian. 

Membolehkan murid:
Menggunakan masa dan waktu dengan efektif dalam kehidupan harian.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep masa dan waktu.
Berkomunikasi, menjana idea dan menyampaikan sesuatu situasi berkaitan masa dan waktu secara jelas
15.1.1 Mengetahui perkaitan antara sistem 12 jam dengan sistem 24 jam.
15.2.1 Menentukan tempoh masa melibatkan unit jam dan minit dalam tempoh 24 jam

- penganggaran masa - menganggaran masa yang diberi, perkaitan dalam masa - menyatakan perkaitan,menukar unit masa

16.1.1 Memberi anggaran masa melibatkan jam dan minit berdasarkan set rujukan yang diberi dalam situasi harian
16.2.1 Menyatakan perkaitan antara alaf, abad, dekad dan tahun. 
16.2.2 Menukar unit masa melibatkan: (i) jam dan hari (ii) hari dan minggu (iii) bulan dan tahun (iv) tahun, dekad dan abad

- meyelesaikan ayat matematik tambah dan tolak 
17.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah dan tolak hingga tiga nilai masa melibatkan: (i) jam dan hari (ii) hari dan minggu (iii) bulan dan tahun (iv) tahun, dekad dan abad 
17.1.2 Menyelesaikan ayat matematik darab dan bahagi melibatkan masa: (i) jam dan hari (ii) hari dan minggu (iii) bulan dan tahun (iv) tahun dan dekad (v) tahun dan abad dengan nombor hingga dua digit.

- Menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu dalam situasi harian.

Membolehkan murid:
Menggunakan pelbagai bahan konkrit untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik dalam kehidupan harian.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dan sukatan.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, membuat penerokaan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep ukuran dan sukatan.
19.1.1 Mengenal unit panjang milimeter dan kilometer. 
19.1.2 Menyatakan perkaitan melibatkan unit ukuran panjang milimeter dan sentimeter serta meter dan kilometer.
19.1.3 Menukar unit ukuran panjang melibatkan milimeter dan sentimeter serta meter dan kilometer. 
19.1.4 Mengukur objek dalam unit milimeter. 
19.1.5 Menganggar jarak dalam unit kilometer. 
19.1.6 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga ukuran panjang melibatkan milimeter dan sentimeter serta meter dan kilometer. 
19.1.7 Menyelesaikan ayat matematik tolak ukuran panjang hingga dua nilai dari satu nilai melibatkan milimeter dan sentimeter serta meter dan kilometer.

-  menyelesaikan ayat matematik darab dan bahagi
20.1.1 Menyelesaikan ayat matematik darab melibatkan ukuran panjang dengan nombor satu digit berkaitan milimeter, sentimeter, meter dan kilometer. 
20.1.2 Menyelesaikan ayat matematik bahagi melibatkan ukuran panjang dengan nombor satu digit berkaitan milimeter, sentimeter, meter dan kilometer.

- menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak, menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung darab  dan bahagi.
- Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung tambah dan tolak jisim melibatkan unit gram dan kilogram.
- Menyelesaikan ayat matematik operasi bergabung darab dan bahagi jisim melibatkan unit gram dan kilogram.

- Jisim - penyelesaian masalah
22.1.1 Menyelesaikan masalah berkaitan ukuran dan sukatan dalam situasi harian

- Membolehkan murid:
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan ruang.
Menghargai dan menghayati keindahan matematik dengan pelbagai bentuk yang terhasil daripada poligon.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam menyelesaikan masalah berkaitan ruang.
23.1.1 menyatakan nama sudut, garis selari dan garis serenjang,menamakan garis selari dan garis serenjang 
23.1.2 melukis garis selari dan garis serenjang
23.2.1 menentukan perimeter pada poligon 8 sisi 
23.2.2 cari luas segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga
23.3.1 menentukan isipadu kubus 2
3.3.2 Isipadu pepejal-menentukan isipadu kuboid 
23.3.3 penyelesaian masalah

Membolehkan murid: 
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan koordinat.
Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
Membuat keputusan dan mengeluarkan idea bagi menjelaskan situasi yang dihadapi dalam kehidupan harian berkaitan koordinat.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep dan aplikasi berkaitan koordinat
24.1.1 Mengenal paksi-x, paksi-y dan asalan (O).
24.1.2 Menentukan koordinat bagi sesuatu titik pada sukuan pertama dan juga sebaliknya.

- Membolehkan murid: 
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan nisbah dan kadaran.
Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
Membuat keputusan dan mengeluarkan idea bagi menjelaskan situasi yang dihadapi dalam kehidupan harian berkaitan nisbah dan kadaran.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep dan aplikasi berkaitan nisbah dan kadaran
25.1.1 Mewakilkan hubungan antara dua kuantiti dalam nisbah 1:1 hingga 1:10, 1:100 dan 1:1000 
25.1.2 Menentukan suatu nilai yang tidak diketahui menggunakan kaedah unitari

- Menyelesaikan masalah melibatkan koordinat, nisbah dan kadaran dalam situasi harian

-Membolehkan murid:
Berkemahiran memperolehi maklumat daripada piktograf dan carta palang yang diberi.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan data.
Membuat keputusan dan mengeluarkan idea bagi menjelaskan situasi yang dihadapi dalam kehidupan harian.
Membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam memahami konsep dan aplikasi dalam pengurusan data.
28.1.1 cara membina pitograf

-cara membina carta palang

- cara mentafsir pitograf 

-   cara mentafsir  carta palang

- cara menyelesaikan masalah harian -carta palang dan carta pitograf

Soalan quiz mengabungkan beberapa topik yang berbeza

-Pelbagai soalan disediakan untuk pelajar
MENULIS NOMBOR DALAM PERKATAAN

No schedules yet.
course-logo
RM 65.00
Buy Now Add To Cart
Course Information: Course method: live Course mode: subscription Price: RM65.00/4 credits Session(s): 45 sessions Class Frequency: 1/week
Logo Copyright © MyTutor Tech Sdn Bhd