Ok?On! Eksklusif

Perkongsian dan Bimbingan buat semua pengguna platform OK?ON! sebagai Pengurus atau Agensi Tuisyen Persendirian

Instructor: Siti Noor Diana

OK? ON! ?

Platform pengurusan sistem tuisyen ini direka khas buat Agensi Tuisyen Persendirian mahupun Pengurus Tuisyen di Malaysia dengan penyediaan sistem pengurusan yang komprehensif bagi menguruskan tutor, pelajar, dan ibu bapa dengan memudahkan proses berhubung, mengurus dan mengembangkan bisnes tuisyen anda. Penyelesaian komprehensif ini menangani pelbagai aspek ekosistem tuisyen dari segi pengurusan, memastikan aliran kerja yang lancar dan efisien untuk semua pihak yang terlibat.

 

Ciri-ciri OK?ON!

Komuniti Tutor

OK?ON! merupakan platform direktori tutor yang mesra pengguna, membolehkan agensi dan pengurus tuisyen persendirian melayari dan memilih tutor yang terbaik berdasarkan kepakaran subjek, pengalaman, lokasi dan pilihan lain dengan mudah. Profil tutor yang terperinci menunjukkan kelayakan dan gaya pengajaran mereka bagi memudahkan pelanggan membuat keputusan dengan pantas.

 

Tuition Job Listing

Tutor boleh mengakses pangkalan data Tuition Job Listing yang tersedia, menyaring peluang berdasarkan pilihan dan kepakaran mereka. Ciri ini membolehkan pendidik secara efisien mencari dan memohon Tuition Job yang sesuai dengan kemahiran dan lokasi mereka.

 

Invois dan Resit

Sistem ini juga membekalkan pengurusan invois dan resit yang memudahkan pelanggan untuk membuat semakan dan memproses pembayaran secara efisien. Penjanaan invois yang disediakan dengan pautan serta muat naik invois dalam bentuk pdf dapat menjimatkan masa dan usaha pengurus serta agensi dan pelanggan sambil mengekalkan profesionalisme.

 

Notifikasi Emel 

Notifikasi emel automatik memberikan makluman informasi mengenai kemas kini penting seperti tuition job baharu buat tutor yang mendaftar di kawasan berdekatan dan pengisian laporan digital oleh setiap tutor kepada pengurus. 

 

Sistem kad laporan digital

Sistem ini boleh diisi oleh tutor yang telah didaftarkan oleh pengurus serta agensi tuisyen. Kemudahan ini memberikan ruang kepada ibu bapa untuk memantau tahap pembelajaran anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, hal ini memudahkan pengurusan para pengurus tuisyen untuk membuat semakan kelas yang dijalankan oleh para tutor.

 

 Manfaat OK?ON!

Komuniti Ejen Tuisyen 

Platform ini memiliki sebuah komuniti ejen tuisyen yang utuh serta dapat membantu menghubungkan tutor dengan pelajar dan ibu bapa yang mencari sokongan pendidikan peribadi. Rangkaian ejen ini juga bekerjasama untuk memastikan padanan tutor yang tepat dibuat berdasarkan faktor seperti kepakaran subjek, pengalaman, gaya pengajaran, dan lokasi. Dengan memanfaatkan kuasa komuniti ejen tuisyen, tutor dapat secara efektif mengembangkan pangkalan pelanggan mereka, sementara pelajar dan ibu bapa mendapat manfaat daripada proses pemilihan tutor.

 

Bimbingan oleh MyT Edutech Berhad

Sebagai sebahagian daripada komitmen platform ini untuk menyampaikan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi, MyT Edutech Berhad menyediakan bimbingan dan sokongan kepada para pengurus dan agensi tuisyen. Antara bimbingan yang diketengahkan termasuklah pembangunan profesional, latihan bimbingan dalam pengurusan sistem serta bidang pemasaran industri tuisyen . Dengan menawarkan peluang pembelajaran berterusan dan bimbingan daripada profesional berpengalaman, platform ini memastikan bahawa pengurus dan agensi tuisyen kekal mengikuti trend dan teknik pemasaran industri tuisyen terkini. Bimbingan ini diberikan secara PERCUMA dalam program OK?ON! EKSKLUSIF

 

Kemaskini Ciri Platform

Platform pengurusan sistem tuisyen sentiasa komited dalam penambahbaikan dan inovasi yang berterusan. Kemaskini ciri-ciri platform secara berkala memastikan bahawa platform kekal mesra pengguna, cekap, dan responsif terhadap keperluan industri tuisyen yang berubah.

 

Dengan menyediakan platform yang komprehensif dan mesra pengguna, penyelesaian agensi dan pengurus tuisyen persendirian dapat dipermudahkan. Keseluruhan proses tuisyen, menjadikannya lebih mudah diakses dan efisien untuk pendidik, pelajar dan ibu bapa. Hal ini pada akhirnya membawa kepada hasil pembelajaran yang lebih baik dan kejayaan yang lebih besar dalam industri pendidikan.

 

 

💡Anda Pengurus atau Agensi Tuisyen di Malaysia? 

💡 Anda pening memikirkan sistem yang efisien buat pelanggan anda?

💡Anda nak pastikan matlamat anda tercapai dalam menyediakan servis tuisyen yang terbaik?

💡Anda memerlukan bimbingan mengenai trend pemasaran tuisyen?

 

Jom dapatkan tempat anda di OK?ON! segera:

Klik untuk dapatkan tempat anda!

atau

Imbas kod ini:

 

Ok?On! 

~ Platform tuisyen terbaik buat Pengurus & Agensi Tutor

di Malaysia.

No schedules yet.
course-logo
Course Information: Course method: recorded Course mode: oneoff Price: RM299.00 Video(s): 3 videos
Logo Copyright © MyTutor Tech Sdn Bhd