Projek Sains Saya! : Tongkat Ajaib Saya!

PING.. PING... PONG!! Ada banyak gula-gula di rumah? Jom kita buat sebuah tongkat ajaib dan mengenali bentuk asas binaan!

Instructor: Aishah Khalid

Seronok belajar Sains dengan Cikgu Aishah!

Kelas online mahupun fizikal, pelajar cikgu Aishah pasti pernah merasai membuat eksperimen bersama-sama.

Kini, Cikgu kongsikan beberapa eksperimen yang cikgu sudah rangka sesuai dengan topik yang terdapat dalam silibus KSSR.

Terdapat 5 Projek untuk PROJEK SAINS SAYA! bagi peringkat umur 6-12tahun.

 

Mempersembahkan :

PROJEK 1: TONGKAT AJAIB SAYA!

(Inspirasi dari topik ASAS BINAAN, Tahun 1)

Terdapat 4 bentuk asas binaan iaitu:

BULATAN,  SEGIEMPAT SAMA, SEGIEMPAT TEPAT DAN SEGI TIGA.

Manakala bentuk BONGKAH ASAS adalah: 

KUBUS, KUBOID, SFERA, PIRAMID, PRISMA, KON DAN SILINDER.

Dalam Projek ini, anak-anak akan membina sebuah tongkat ajaib, dengan membuat bentuk bongkah asas SFERA dan silinder.

Anak-anak juga boleh mengunaakan imiginasi kreatif untuk membina tongkat ajaib dengan menggabungkan bentuk bongkah lain. Contohnya silinder dan piramid. Menariknya!

 SERTAI SEKARANG!

 

(Lampiran panduan boleh dicetak)

Sepanjang projek ini, anak-anak akan:

 

Melatih moto halus tangan dengan merenyuk kertas, menggunting dan menampal.

Mengunakan daya fikir secara kreatif 

Berkomunikasi dengan ibu bapa atau guru dapat meningkatkan sifat ingin tahu anak dan pelajar

1. Projek ini boleh dilakukan oleh anak seawal 5 tahun dengan bantuan adik beradik atau orang yang dewasa.
2.Projek ini membantu menguatkan moto halus tangan anak dengan aktiviti merenyuk, menggunting, menampal.
3. Selesai membuat tongkat ajaib, anak-anak boleh bermain bersama, disamping meningkatkan daya fikiran dan komunikasi semasa bermain.
No schedules yet.
course-logo
Course Information: Course method: recorded Course mode: oneoff Price: RM2.00 Video(s): 1 videos
Logo Copyright © MyTutor Tech Sdn Bhd